Aku amat terasa kehilangan seorang kawan baik, dan sebagai abg beliau adalah orang yang paling penting yang membuat aku kelihatan kemas dan comel selama lebey 23 tahun lalu..,dia adalah manusia yang aku perlukan semasa aku diberi amaran keras oleh guru disiplin aku, dia jugalah orang yang aku perlukan semasa untuk aku menghadiri temuduga kerja dan tidak salah lagi dia jga adalah penyumbang utama aku mendapat pujian jika kelihatan menawan dan kemas...tapi panjang sudah tiada ...memang payah hendak menerima kenyataan bahawa orang yang kta percayai yang memegang kepala aku semasa dari kecil orang yang aku paling percaya sudah pergi selamanya..
Walaupun berlainan bangsa Agama dia mempunyai sifat manusia yang baik rendah Diri dan Sopan....,bukan sahaja aku yang berkata demikian..tetapi kebanyakan pelanggan-pelanggannya kadang-kadang sanggup menunggu giliran yang panjang untuk mendapatkan perkhidmatan darinya dari budak kecil org remaja dewasa dan tua menunggu dia.......aku mendapat tahu bilamana aku didatangi oleh rakan sekolah aku yang sudah lama tidak berjumpa yang dahulunya bersama-sama menunggu giliran mendapatkan panjang sebagai tukang gunting " afiq kau tahu tak panjang dah mati (meninggal ) dia jatuh bilik air mgu lpas dier collapse kat situ jugak, Apa!! aku terkejut huh aku lalu megeluh amat panjana ADOiiiiyaiiiiiii cam mana nie aku dah la xpenah gunting kat tempat lain .....
perasaan terkejut frust bila mendengar kematian si panjang....aku berharap berita yang aku dengar ini tidak betul , tetapi takan pohon bergoyang jika tiada angin mengoncang
apapun Si panjang tukang gunting tiada penganti.....
Entry kali ini aku buat khas kepada mendiang bagi mengenang jasa mendiang keatas semua masyarakat ipoh yang menjadi pelanggan mendiang dan jutaan terima kasih atas kepandaian beliau menjadi seorang tukang gunting lagenda yang tidak penah aku fikirkan
dibawah ini aku sempat mengupload gmbr aku semasa aku bercukur rambut untuk dibuat kenangan.....